Thursday, June 4, 2009

GADUH LAGI DI PUNCAK ALAM!

Semalam berlaku lagi pergaduhan di Puncak Alam. This time it's even worse sebab melibatkan warga asing iaitu dua warga africa dan seorang gadis dari negara jiran.

Pergaduhan itu dikatakan bermula daripada perebutan kawasan di antara warga Africa serta gadis keturunan Siam itu. Pergaduhan tersebut seterusnya berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Gambar-gambar kejadian

Dua ahli kumpulan "Persian Black Money" bersantai di kawasan yang menjadi rebutan.
Antara perbualan yang dapat dirakam:-
"Darling the Sha-Ling-Ling": Hoooo Bro, Cantik la minah putih ekor kelabu tuh! Gua nak ayat!
"Abbie the Torte" : Dah la, itu bini orang tuh! Tak nampak anak dia tiga ekor kat belakang.

Honeyz the Bun-Bun juga dikenalpasti berminat terhadap kawasan sama yang dikatakan strategik bagi menjalankan kegiatan lepak sambil goyang-goyang ekor dan perhati mokcik-mokcik dan akok-akok lalu lalang.

Wajah "Abbie the Torte" ketika menyedari kehadiran Honeyz.

Honeyz dengan gaya kurang asam cuba mengambil-alih kedudukan Abbie dan Darling.

Honeyz menyerang dengan gaya "Muay Tai Contender"!

Abbie membalas dengan gaya Kalari Payat (dia belajar masa duduk kat India).

Aksi ala-ala "Rajinikanth", siap jelir-jelir lidah lagi.

Honeyz akhirnya tumpas setelah di "smackdown" oleh Abbie menyebabkan Honeyz tidak boleh membuat bunyi "meow" lagi, yang keluar bunyi "wheh, wheh, wheh" ajer.


Sepanjang kejadian, Darling the Sha-Ling-Ling didapati mengawasi keadaan keliling.

Abbie lepak selepas berjaya memperkukuhkan "cengkamannya" ke atas kawasan tersebut.

Kapten Paparaze "The Phantom" Zane dari UTK (Unit Tindakan/Tangkapan Kucing) yang ditugaskan menyiasat kejadian. Beliau bagaimanapun kini disiasat pihak BPR kerana dipercayai membuat laporan palsu setelah dirasuah dengan "Jambu Asam" oleh BIG MAMA yang dikenalpasti sebagai sponsor serta penaung/pelindung kepada Abbie dan Darling.

1 comment:

  1. Astaghfirullah-hal-azimmmm... Ingatkan sapa le yg gaduh..ingat btol leee...
    Ni gaduh manje2 adik beradik jee..takpe...

    ReplyDelete